10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Cukai Pendapatan Di Malaysia

Cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan ke atas pendapatan daripada penggajian, komisen, kerja lebih masa, elaun, yuran pengarah, dividen, sewa, royalti, pendapatan perniagaan yang diterima oleh individu, syarikat, koperasi, persatuan dan sebagainya pada setiap tahun.

Mulai tahun 2004, pendapatan yang diterima di Malaysia dari luar Malaysia adalah dikecualikan daripada cukai. Jadi jika anda bermastautin atau yang tidak bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas pendapatan yang diperoleh dari Malaysia sahaja.

Bulan untuk hantar borang cukai pendapatan dah nak sampai. Jom kita ambil tahu 10 perkara berkenaan cukai pendapatan di Malaysia seperti berikut:

1. Jumlah Pendapatan Minimum Yang Dikenakan Cukai

Bermula tahun 2015, individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 setahun (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Sekiranya pekerja layak dikenakan Potongan Cukai Berjadual (PCB), pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.

2. Bagaimana Nak Dapatkan Nombor Cukai Pendapatan?

Boleh semak dulu nombor cukai pendapatan anda di http://edaftar.hasil.gov.my/semaknocukai

Kalau belum pernah ada lagi, boleh mendaftar buat kali pertama di http://edaftar.hasil.gov.my

3. Apakah Yang Patut Saya Lakukan Jika Saya Layak Dikenakan Cukai?

Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan juga boleh dibuat di cawangan yang berhampiran.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran:

  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini;
  • Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa;
  • Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).

Anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar seperti di point #2 di atas.

4. Apa Itu e-Daftar?

e-Daftar adalah aplikasi permohonan pendaftaran fail cukai pendapatan untuk pembayar cukai baru mendapatkan nombor rujukan cukai.

Jika anda merupakan warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan, anda juga perlu memuat naik sijil pendaftaran perniagaan. Pendaftaran fail cukai syarikat perlu dibuat sebaik sahaja syarikat telah berjaya ditubuhkan dan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) walaupun syarikat belum memulakan operasi.

* Nota tambahan – Sekiranya tiada dokumen lengkap diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dan pemohon dikehendaki membuat semula permohonan baru berserta dokumen yang lengkap

5. Pelepasan Cukai

Pelepasan cukai merujuk kepada perbelanjaan-perbelanjaan atau perkara-perkara yang dibenarkan untuk ditolak daripada jumlah pendapatan tahunan supaya dapat mengurangkan pendapatan bercukai.

Senarai pengecualian cukai ini akan berubah-ubah kerana ia bergantung kepada dasar kerajaan yang diumumkan dalam Bajet Kerajaan pada bulan Oktober setiap tahun.

Sumber: Laman Web LHDN dan majalahlaburdotcom

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *