8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Jika Pertama Kali Mengundi

 

8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Jika Pertama Kali Mengundi

Umum mengetahui bahawa 9 Mei 2018 merupakan tarikh mengundi bagi warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas. Menurut laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), daftar pemilih suku keempat 2017 yang menyenaraikan 14,940,624 pengundi akan digunakan pada PRU14 melibatkan 7,557,187 pengundi wanita (50.58 peratus) dan 7,383,437 pengundi lelaki (49.42 peratus).

Bagi yang pertama kali hendak membuang undi, berikut merupakan panduan yang harus anda ikuti.

1. Menyemak status pendaftaran sebelum hari mengundi.

  • Semak nama dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR), semakan boleh dibuat melalui laman web SPR di www.spr.gov.my, telefon ibu pejabat SPR di talian 03-88856565 atau melalui perkhidmatan SMS: Taip SPR <jarak> SEMAK <jarak> NO. KAD PENGENALAN, hantar ke 15888.

2. Datang awal ke Pusat Mengundi dan bawa salah satu daripada dokumen pengenalan diri seperti berikut:

  • Kad pengenalan (MyKad).
  • Pasport antarabangsa.
  • Resit kad pengenalan sementara bergambar .
  • Resit laporan kehilangan kad pengenalan bergambar yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
  • Lesen memandu bergambar.
  • Kad kuasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan.

3. Tunjukkan dokumen pengenalan diri kepada Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) di Barung SPR pusat mengundi.

  • Dapatkan slip nombor saluran tempat mengundi dan beratur menunggu giliran untuk ke bilik tempat mengundi yang betul.

4. Tunjukkan slip nombor saluran tempat mengundi dan dokumen pengenalan diri kepada Kerani Pengundi Pertama (KP1).

  • Selepas dibenarkan masuk, serahkan dokumen pengenalan diri beserta slip semakan kepada KP1 supaya nama anda ditanda sudah hadir mengundi.
  • Tunjukkan jari telunjuk kiri untuk diperiksa dan pastikan tiada sebarang tanda dakwat kekal di jari.

5.  Celup dakwat kekal

  • Setelah disemak dokumen pengenalan diri oleh KP1, KP2 akan mencelup dakwat kekal di hujung jari telunjuk kiri.
  • Dakwaan pengundi boleh mengundi lebih dari sekali jika dakwat kekal dihilangkan, adalah tidak benar kerana KP1 sudah menandakan nama yang sudah membuang undi.

6. Dapatkan kertas undi

  • Selepas jari telah ditandakan dengan dakwat kekal, bergerak ke KP3 untuk mendapatkan kertas undi.

7. Buang Undi

  • Bergerak ke petak mengundi untuk menanda kertas undi dengan tanda ‘X’ di ruang bersebelahan logo parti.
  • Apa yang penting, pilih satu calon sahaja atau ia akan menjadi undi rosak.

8. Tahniah kerana mejalankan tanggungjawab anda

  • Setelah selesai membuat pilihan yang betul, anda hendaklah melipat kertas undi dengan dua kali lipatan dan bergerak ke peti undi bagi memasukkan kertas undi mengikut peti Undi Parlimen atau Peti Undi Negeri.
  • Keluar dari tempat mengundi dengan segera bagi melancarkan proses pengundian dan tidak menganggu petugas SPR.

Sumber: Astro Awani

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *