99 Wonderland Park Tawar Masuk Percuma Sebulan Buat Rakyat Malaysia

 

Sebahagian pengunjung menikmati pemandangan Taman Rekreasi 99 Wonderland Park di Tasik Sri Murni, pada hari perasmiannya yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rabu malam.

KUALA LUMPUR: Mercu tanda rekreasi yang unik dan baharu di ibu kota, Taman Rekreasi 99 Wonderland Park di Tasik Sri Murni, di sini kini membuka pintunya untuk kehadiran umum.Pembangunan taman rekreasi seluas kira-kira 8.9 hektar oleh Kumpulan JL99 itu mengambil masa kira-kira dua tahun dengan kos RM18 juta.

Dibangunkan daripada sebuah kolam tadahan terbiar, lokasi itu kini berubah wajah dengan  dihiasi lampu-lampu LED pada waktu malam.

 

Antara tarikan taman rekreasi itu ialah ‘hatchery & incubator room’, ‘deer yard’, ‘ostrich farm’, ‘bird square’, ‘rabbit house’, ‘duck lagoon’ dan binatang-binatang eksotik serta kemudahan-kemudahan seperti Sky Fountain, Magical Bridge, T-Rex Ring, Golden Waterfall, 12 Zodiac Zone dan 99 Cruise.

Taman Rekreasi 99 Wonderland Park akan dibuka bermula dari jam 6 petang hingga 9.30 malam (Isnin-Khamis) dan jam 6 petang hingga 10 malam (Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum) dan masuk adalah percuma selama sebulan bermula Khamis untuk semua warganegara Malaysia yang memegang MyKad.

 

Pada Rabu malam, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan taman rekreasi berkenaan.

Selepas gimik perasmian di pintu masuk utama, Perdana Menteri dibawa mengelilingi sepanjang 2.3 kilometer trek tasik rekreasi berkenaan.

 

Beliau turut menyaksikan persembahan bunga api bersama-sama kira-kira 10,000 pengunjung, sebelum beredar pulang setelah meluangkan masa selama lebih sejam.

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz dan Pengerusi Kumpulan JL99, Datuk Seri Jeff B K Lee.

Sumber Mystardotcom

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *