Absober Minyak Vs Absober Gas

SHOCK ABSORBER MINYAK VS SHOCK ABSORBER GAS

Shock absorber minyak vs shock absorber gas, suatu kenyataan yang adakalanya mengelirukan. Kedua-duanya adalah merupakan komponen yang sama, bentuk yang hampir sama dan memberikan fungsi yang sama. Namun yang mana satukah perlu dipilih?

Jawapannya terletak pada diri anda, pada kenderaan anda dan bagaimanakah anda menggunakannya. Membuat pemilihan yang sukar berpunca dari kekurangan ilmu dan informasi. Maka sebab itulah artikel ini dibuat. Untuk sama-sama berkongsi ilmu dan pengetahuan yang diketahui.

Penyerap Kejutan
foto : flickr , benhosking

Semua penyerap kejutan sebenarnya menggunakan minyak (bendalir hidraulik) tidak mengira sama ada ianya jenis minyak ataupun gas. Perbezaan utama hanya pada jenis gas dimana kebiasaannya gas nitrogen bertekanan rendah akan disuntik ke dalam silinder shock absorber.

Berikut disenaraikan beberapa kelebihan dan kekurangan kedua-dua jenis penyerap kejutan ini.

Shock Absorber Jenis Minyak

 

  1. Menawarkan kawalan dan pengendalian yang baik kepada perjalanan yang selesa.
  2. Jika kenderaan anda adalah semata-mata standard, maka penyerap kejutan jenis minyak adalah pilihan yang terbaik.
  3. Penyerap kejutan jenis minyak akan membuatkan anda merasa selesa apabila memandu di jalan berturap, walau bagaimanapun prestasinya agak terhad apabila melalui jalan-jalan yang tidak berturap.
  4. Shock absorber jenis minyak amat sesuai untuk normal performance.
  5. Penyerap kejutan jenis minyak akan menghasilkan buih-buih halus semasa unit beroperasi. Hal ini boleh menyebabkan sedikit kemerosotan prestasi.

 

Penyerap Kejutan Jenis Minyak
 


 

Shock Absorber Jenis Gas

 

  1. Penyerap kejutan jenis gas kebiasaannya akan disuntik dengan gas nitrogen bertekanan rendah di dalamnya.
  2. Gas nitrogen dikenakan ke atas bendalir hidraulik bagi mengatasi masalah pengudaraan dan buih-buih semasa unit beroperasi.
  3. Gas nitrogen digunakan untuk mengatasi masalah peningkatan suhu bendalir hidraulik. Kesannya kadar kejutan injap lebih stabil dan dapat dikekalkan.
  4. Semasa unit beroperasi buih-buih udara akan terhasil. Masalah ini dikenali sebagai cavitation. Penggunaan nitrogen dapat mengatasi masalah ini.
  5. Penggunaan shock absorber jenis gas disarankan jika anda sering melalui jalan-jalan yang teruk. Ini adalah kerana penyerap kejutan gas memiliki prestasi yang lebih baik.
  6. Penyerap kejutan jenis gas sesuai untuk persekitaran yang mencabar dan better performance.
  7. Disyorkan jika anda ingin merendahkan / lowered sistem suspension.
  8. Memberikan kawalan yang mantap pada kelajuan tinggi, walau bagaimanapun suspension sedikit keras pada kelajuan rendah dan sederhana.
  9. Sesuai digunakan pada kenderaan dengan muatan tinggi. Tahan lasak serta mempunyai ketahanan yang lebih bagus.

 

Penyerap Kejutan Jenis Gas
foto : geminiparts

Sedikit Tips Shock Absorber

  1. Semasa membuat penukaran penyerap kejutan yang baharu, perhatikan dan periksa juga keadaan coil spring. Tukar coil spring jika didapati ianya telah haus, rosak atau berubah dari bentuk asal.

Maka kesimpulannya kelebihan dan kekurangan antara salah satu shock absorber telahpun diketahui. Ianya bergantung kepada anda sendiri untuk membuat pemilihan, penilaian, yang tepat dan betul.

Sumber dari Teraktak info.



 



 



 


 

Back To Top

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *