Apa Kelebihan Benelli RFS150i, Honda RS150R, atau Yamaha Y15ZR

SAINGAN moped kelas 150cc kini semakin terbuka di pasaran Malaysia dengan debut Benelli RFS 150i, semalam yang dijangka mencabar dominasi kuat dua seteru utama sedia ada, Honda RS150R dan Yamaha Y15ZR. Persoalannya, mampukah pembeli Malaysia memberi peluang kepada pendatang baru dunia moped tempatan ini?

Walaupun Benelli bukanlah asing dalam arena permotoran antarabangsa, tetapi jika mengambil kira aspek senioriti dan pengalaman dalam dunia moped, pembeli mungkin agak skeptikal dengan RFS 150i. Berdasarkan komen-komen pembaca, dapatlah kami simpulkan betapa isu-isu seperti kesediaan alat ganti, kos senggara dan baik pulih, nilai jual beli dan realibiliti masih menjadi topik hangat yang berlegar di fikiran pembeli apabila bersembang tentang model jenama Itali itu.

HARGA MENARIK, KOMPETITIF

benelli rfs 150i

benelli rfs 150i
benelli rfs 150i

Jadi, sudah tentu pengumuman harga yang lebih murah (RM7,778.28, termasuk GST dan model paling premium)daripada dua pesaing lain adalah keputusan bijak dilakukan Benelli. Sekurang-kurangnya, faktor harga itu mampu menjadi daya penarik yang mendorong pembeli untuk membeli model ini. Malah, status Benelli yang duduk sebumbung bersama SYM di bawah MForceBike Holdings Sdn Bhd mampu memberikan lebih keyakinan kepada pembeli tempatan untuk mencuba sesuatu yang segar, sekali gus merancakkan pasaran motosikal kelas underbone.

PRESTASI SETANDING

benelli rfs 150i

benelli rfs 150i
benelli rfs 150i

Asasnya, prestasi Benelli RFS 150i tidak banyak berbeza dengan Honda RS150R dan Yamaha Y15ZR. Menggunakan layout enjin SOHC yang sama seperti Yamaha Y15ZR dengan putaran enjin (RPM) bagi kuasa kuda dan tork yang juga sama dengan model Yamaha tersebut.

Namun, berbanding Y15ZR yang datang dengan sistem gear 5-kelajuan, Benelli RFS 150i pula menggunakan transmisi klac basah 6-kelajuan yang sama seperti Honda RS150R dengan suntikan bahan api EFI.

Ciri paling ketara ialah penggunaan tiga palam pencucuh yang secara teknikalnya membuatkan pembakaran enjin lebih cekap dengan prestasi optimum. Begitu juga dengan pengenalan teleskopik terbalik, satu-satunya moped yang berani menggunakan sistem suspensi sebegini, biasanya ada pada jentera kelas sport.

Apa lagi keistimewaan Benelli RFS 150i? Kapasiti tangki bahan api moped ini juga lebih besar, iaitu 4.8 liter, lebih 300ml berbanding Honda (4.5L), dan 600ml Yamaha (4.2L). Sekali lagi secara teknikalnya, Benelli RFS 150i mampu pergi lebih jauh berbanding dua pesaing lain.

TEPUK DADA TANYA SELERA

Benelli mungkin perlu berkira-kira untuk menghantar RFS 150i ke litar lumba, sekurang-kurangnya sebagai langkah asas untuk membuka mata peminat motosikal tempatan tentang prestasi sebenar moped ini. Ini termasuk mengukuhkan aspek kritikal yang bakal menentukan survival sesebuah jenama, iaitu alat ganti dan kos senggara.

Pada pendapat kami, dengan pasaran motosikal yang semakin terbuka dan maklumat mudah akses, Benelli sememangnya miliki potensi besar untuk menguasai pasaran moped tempatan jika kena caranya. Jom, saksikan dulu jadual perbandingan spesifikasi antara Benelli RFS 150i, Honda RS150R dan Yamana Y15ZR di bawah. Akhir kata, tepuk dada, tanya selera! 😀

Sumber dari pandulaju.com

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *