Apple akan melancarkan fon kepala berjenama sendiri tahun ini

Apple akan melancarkan fon kepala berjenama sendiri tahun ini

SYARIKAT Apple akan merangka reka bentuk fon kepala atau headphone baharu, menurut laporan baru dari Apple Insider.

Aksesori itu akan menggunakan jenama Apple dan tidak akan menggunakan jenama Beats serta lebih memfokuskan terhadap kualiti audio.

Menurut penganalisis KGI Securities, Kuo Ming-Chi, Apple sedang membangunkan aksesori fon kepala dengan reka bentuk yang baharu tetapi tidak begitu spesifik.

KGI Securities mempunyai rekod prestasi yang sangat baik untuk meramalkan produk keluaran Apple masa depan.

“Fon kepala Apple akan mempunyai kualiti bunyi yang sama seperti fon kepala keluaran Beats, cuma kali ini akan membawa jenama Apple dan bukan lagi di bawah jenama Beats,” katanya.

Kuo meramalkan Apple untuk menonjolkan sepasang fon kepala yang mewah dengan reka bentuk nafas baharu bagi menyaingi aksesori audio lain yang semakin bertambah.

“Fon kepala Apple ini berkemungkinan akan berfungsi dengan sambungan tanpa wayar, sungguhpun tidak dinyatakan,” tambahnya.

Syarikat itu tidak memberikan masa pelancaran tertentu, tetapi berkemungkinan akan dilancarkan dalam jangka masa tahun ini.

Kuo juga meramalkan Apple akan memperkenalkan versi terbaharu AirPods bersama dengan fon kepala baru itu sekitar pertengahan tahun ini.

Sumber Astro awani

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *