Bisik-bisik di Santiago Bernabeu: Hazard masuk, Bale keluar

Bisik-bisik di Santiago Bernabeu: Hazard masuk, Bale keluar

ZINEDINE Zidane nampaknya tidak sabar mahu bawa masuk Eden Hazard ke Santiago Bernabeu.

Pengendali Real Madrid itu dikhabarkan sanggup melepaskan bintang sensasinya Gareth Bale bagi mencapai hasratnya itu.

Menurut sumber berita Sepanyol, Don Balon, Zidane akan menawarkan Bale kepada Chelsea sebagai pertukaran bagi mendapatkan penyerang kebangsaan Belgium itu.

Hazard, 27, hampir meninggalkan Stamford Bridge musim panas lalu namun hasrat itu terbantut ekoran kecederaan buku lali.

Bale pula dikatakan bersedia berhijrah selepas disisihkan daripada kesebelasan utama ketika Real berdepan Paris Saint Germain (PSG) dalam aksi 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah.

Zidane dikatakan kecewa dengan kecederaan berpanjangan pemain sayap berusia 28 tahun itu.

Bale dilaporkan telah memaklumkan kepada agennya untuk segera cari kelab yang berminat mendapatkan khidmatnya.

Antara yang dikaitkan adalah Manchester United namun The Red Devils telah pun mendapatkan Alexis Sanchez dari Arsenal pada jendela perpindahan Januari lalu.

Ia meningkatkan lagi spekulasi Bale bakal kembali ke kelab lamanya Tottenham Hotspur.

Sumber astroawani…

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *