Dakwaan Stesen Angkasa China Hentam Kuala Lumpur? Kini Semuanya Sudah Terjawab

Ingat Lagi Dakwaan Stesen Angkasa China Hentam Kuala Lumpur? Kini Semuanya Sudah Terjawab
Stesen Angkasa China Tiangong-1 telah disahkan tidak dapat dikawal pada separuh kedua 2017. (Gambar: Warnaasia)

November lalu, Rojak Daily Skop! menyiarkan laporan mengenai dakwaan berlakunya hentaman besar daripada serpihan Stesen Angkasa China Tiangong-1 yang hilang kawalan sejak pertengahan tahun lalu.

Terdapat dakwaan menyatakan Stesen Angkasa China Tiangong-1 akan terhempas di negara ini dan lokasi utamanya adalah di Kuala Lumpur!

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) mengeluarkan kenyataan memaklumkan bahawa kemungkinan Stesen Angkasa China Tiangong-1 jatuh di Malaysia adalah sangat rendah.

Kebarangkalian untuk Kuala Lumpur menjadi tempat jatuhnya serpihan ini adalah kecil iaitu kira-kira 0.0000699 peratus sahaja.

KOMPONEN HANCUR DAN TERBAKAR

Serpihan telah terbakar dan hangus.

Serpihan telah terbakar dan hangus.

Namun, lima bulan telah pun berlalu dan serpihan Stesen angkasa lepas China, Tiangong-1, akhirnya jatuh ke bumi  pada jam 8.15 pagi (2 April di selatan Lautan Pasifik).

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara, Dr. Noordin Ahmad berkata, keseluruhan komponen dan struktur binaannya telah hancur dan hangus terbakar ketika memasuki atmosfera bumi.

Jelasnya, tiada serpihan yang jatuh ke permukaan bumi sekali gus menjadikan situasi berkenaan terkawal sepenuhnya.

“Malah tiada sebarang kecederaan dilaporkan setakat ini,” katanya kepada Bernama.

KADAR PENURUNAN LEBIH RENDAH DARIPADA DIRAMALKAN

Dilancarkan tujuh tahun lalu untuk tugas mengorbit ruang angkasa China

Dilancarkan tujuh tahun lalu untuk tugas mengorbit ruang angkasa China

Difahamkan, ramalan serpihan itu memasuki astmosfera bumi itu dikeluarkan pada 30 Mac hingga 2 April.

Bagaimanapun kadar kadar penurunan altitud Tiangong-1 adalah rendah berbanding ramalan sebelum ini.

Menurut Dr. Noordin, Angkasa juga akan mengambil langkah persediaan awal dan berterusan berkaitan langkah-langkah perlu dalam menghadapi kejadian sama pada masa hadapan.

Untuk makluman, stesen ini telah dilancarkan sebagai prototaip pada September 2011 untuk misi selama lima tahun untuk tugas mengorbit ruang angkasa China sahaja.

Stesen Angkasa China Tiangong-1 telah disahkan tidak dapat dikawal dan akan gugur perlahan-lahan dari orbit ke dalam atmosfera bumi pada separuh kedua 2017.

Sumber rojakdailydotcom

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *