Fakta menarik tentang latar belakang mengenai TGAH

Hj-hadi39.jpg

Yang Berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Terengganu dan Ahli Parlimen MarangTerengganu bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Presiden PAS. Di peringkat antarabangsa, beliau pernah menjadi Naib Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia 2014-2017. Beliau juga merupakan mantan Menteri Besar Terengganu (1999-2004)

Kehidupan awal

Dilahirkan pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan 20 Oktober 1947, di Kampung RusilaMarangTerengganu. Beliau merupakan anak ke-5 daripada 9 orang beradik tetapi 4 daripadanya telah meninggal dunia. Ayahandanya, Haji Awang Mohamad bin Abd Rahman manakala bonda beliau Hajjah Aminah Yusuf. Kedua-duanya telah meninggal dunia.

Ayah dan bonda beliau merupakan anak jati di Kampung Rusila tempat beliau tinggal sekarang. Ayahanda beliau merupakan Tok Guru di Kampung Rusila, juga merupakan aktivis politik Hizbul Muslimin Terengganu  Begitu juga dengan bondanya menjadi tempat rujukan dan tumpuan masyarakat terutama dalam hal-hal berkaitan agama.

Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah, atas kehendak parti pemerintah. Beberapa tahun selepas pengharaman itu, Haji Awang Mohammad muncul pula sebagai salah seorang yang paling awal memperkenalkan perjuangan Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) di Terengganu.

Keluarga

Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mendirikan rumahtangga dengan Toh Puan Seri Hajah Zainab binti Awang Ngah pada tahun 1976. Manakala perkahwinan beliau yang kedua pada tahun 1991 dengan Dr. Norzita Taat. Hasil perkahwinan beliau dengan kedua-dua isterinya telah dikurniakan 14 orang zuriat iaitu 11 dari isteri pertama dan 3 dari isteri kedua.

Anak sulung beliau, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi merupakan alumni Universiti Al-ImanYaman dan kini menggalas jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysiadan Pengerusi Lajnah Antarabangsa, Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Pendidikan

Tuan Guru Abdul Hadi Awang diberi pendidikan awal daripada ayahnya sendiri pada tahun 1955. kemudian, beliau mendapat pendidikan secara formal di Sekolah Kebangsaan Rusila, tidak berapa jauh dari rumahnya. Beliau kemudian menyambung pendidikan peringkat menengah di Sekolah Agama Marang, sebelum mengambil Sanawi di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Dari tahun 1965 hingga 1968 beliau mendapat peluang melanjutkan pengajian peringkat Sanawi di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Di samping itu, beliau belajar agama, bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad bin Abdul Rahman.

Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah, di bawah pembiayaan Kerajaan Arab Saudi dengan sokongan daripada Naib Presiden Universiti Islam Madinah ketika itu, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz.

Setelah kira-kira empat tahun berada di Semenanjung Arab (19691973), beliau berjaya mendapat ijazah pertamanya dalam bidang Syariah Islam. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir, dalam jurusan Siyasah Syar’iyyah (Sains Politik) dari tahun 1974-1976.

Pendidikan Masyarakat

Tidak berapa lama selepas menamatkan pelajarannya dan kembali ke tanah air, pada tahun 1976, bapanya yang dikasihi telah pulang ke rahmatullah. Maka tinggallah Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk menyambung tugas suci dan mulia yang telah ditinggalkan oleh ayahnya. Tugas menjadi imam dan memberi kuliah di setiap pagi Jumaat mesti diteruskan oleh beliau.

Pada mula-mula beliau menjalankan pengajian itu, hanya kira-kira 200 orang sahaja yang hadir setiap minggu. Tetapi apabila semakin ramai yang mengetahui ‘anak Allahyarham Haji Awang telah pulang dari Mesir’, maka minggu ke minggu bilangan jemaah di Masjid Rusila semakin meningkat. Semua yang hadir semakin tertarik dengan ketokohan seorang anak muda yang padat dengan ilmu, fasih pula membaca ayat-ayat al-Quran dan Hadith.

Namanya pun mulai dikenali ramai. Panggilan ‘Tuan Guru Haji Abdul Hadi’ mula menjadi popular di kalangan pengikut-pengikutnya dan para hadirin jemaah di Masjid Rusila. Manakala di kalangan murid-murid dan penyokong-penyokong yang rapat dengannya, dia lebih mesra pula dipanggil dengan panggilan ‘Ayah Cik’.

Badan bukan kerajaan

Beliau pernah memegang jawatan Pegawai Yayasan Islam Terengganu dari tahun 1977 hingga 1978, dalam masa yang sama Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIMNegeri Terengganu
Pada tahun 1978, beliau mula menjadi tenaga pengajar Maahad Al-Ikhwan (Institut Berakan), sebuah sekolah swasta yang ditubuhkan oleh beberapa anak muda PAS di Mengadang AkarKuala Terengganu.

Pada 1982, apabila Presiden ABIM, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan ABIM dan menyertai UMNO, Abdul Hadi menyertai PAS bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor dan Datuk Nakhaie Ahmad href=”https://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Hadi_Awang#cite_note-10″>[10]

Ramai di kalangan pimpinan ABIM yang masuk PAS selain mereka bertiga, antaranya, Tuan Haji Mohamad Sabu, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Datuk Paduka Husam Musa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Muhammad Mustafa, Datuk Mohammad Daud Iraqi dan ramai lagi.

Politik

Mula aktif dalam politik sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar di sekolah menengah lagi. Beliau pernah diamanahkan sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS Kampung Rusila, Marang.

Pada tahun 1976, beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta Exco Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977, beliau dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Pada tahun 1978, dilantik menjadi pemangku Naib Yang Dipertua PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1983, beliau bersama Datuk Nakhaei Ahmad sekali lagi terpilih sebagai Naib Presiden PAS. Pada tahun 1989, beliau dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato’ Fadzil Mohd Noordipilih menjadi Presiden PAS.

Berikutan kematian Ustaz Fadzil Mohd Noor, beliau dilantik memangku jawatan Presiden PAS pada tahun 2003. Beliau menjadi Presiden PAS selepas disahkan di dalam muktamar pada tahun 2005.

Dalam Muktamar PAS ke-61, buat pertama kalinya beliau dicabar untuk jawatan Presiden PAS oleh Ustaz Ahmad Awang. Walau bagaimanapun, beliau berjaya mengalahkan pencabar beliau dengan majoriti 695 undi.

Pilihan raya

Mula menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978. Diamanahkan oleh PAS untuk bertanding pada Pilihanraya Umum Malaysia 1978 di Dun Marangmewakili PAS tetapi kalah dengan kekurangan 64 undi kepada calon BN, Tengku Zahid Tengku Musa. Pada Pilihanraya Umum Malaysia 1982, beliau dicalonkan mewakili PAS bagi DUN Marang dan berjaya merampasnya dengan majoriti 320 undi, tetapi tewas di Parlimen Dungun yang turut ditandinginya di tangan Haji Awang Jabar.

Dalam Pilihanraya 1982 itu, empat orang lagi tokoh pimpinan PAS Terengganu turut memenangi kerusi DUN. Mereka ialah Haji Mustafa Ali (DUN Wakaf Mempelam), Haji Harun Taib (Manir), Haji Abu Bakar Chik (Jeram), dan Haji Wan Abdul Mutalib Embong (Batu Burok). Kelima-lima mereka ibarat lima jari yang jika digenggam akan menjadi penumbuk yang sangat menyakitkan kerajaan BN ketika itu.

Dan kebimbangan itu menjadi realiti, terutama pada setiap kali berlangsungnya sidang DUN Terengganu. Diceritakan bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Amar Diraja Wan Mokhtar Ahmad sampai menitiskan airmata apabila wakil-wakil rakyat PAS membaca ayat-ayat suci al-Quran dan Hadith perihal kemungkaran dan dosa tidak melaksanakan perintah dan hukum Allah dalam sesebuah pemerintahan.

Pada 1986, beliau menang sekali lagi di Dun Rhu Rendang (Nama baru bagi Dun Marang selepas persempadanan semula) dan beliau berjaya menewaskan Abdul Latif Muda dan mengekalkannya sehingga sekarang. Namun, bagi kerusi Parlimen Marang pada tahun itu, beliau kalah kepada Datuk Abdul Rahman Bakar dan kembali merebutnya pada 1990, terus menang pada 1995 dan 1999.

Selepas kemenangan PAS di Terengganu pada November 1999, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu sehingga Mac, 2004 di samping menjadi Ahli Parlimen Marang. Beliau turut dipertanggungjawabkan menjadi Ketua Pembangkang dari tahun 2003 hingga 2004, menggantikan Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor.

Beliau tewas sekali lagi kepada Abdul Rahman pada 2004 dan memenanginya semula pada 2008. Abdul_Hadi_Awang

Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2013, beliau berjaya mengekalkan kedua-dua kerusi yang ditandingi. Beliau menang di Parlimen Marang dengan majoriti 5124 undi, menewaskan Datuk Yahya Khatib Muhammad dari . Manakala beliau menang di DUN Rhu Rendang dengan majoriti 2819 , menewaskan Nik Dir Nik Wan Ku dari BN

Sumber wikipedia.

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *