Honda RS150R Tema Repsol MotoGP – Kos Bikin Cecah RM27,000!

Honda RS150R Repsol MotoGP

MINAT tidak mengira usia dan wang ringgit. Demi cinta yang mendalam dalam dunia modifikasi, anak muda ini sanggup berbelanja lebih RM27,000 untuk mengubah suai jentera moped Honda RS150R miliknya itu menjadi terbaik antara terbaik.

Tuan punya motosikal, Mohd Khairi Yaakub, 38, memilih tema Repsol yang diilhamkan daripada konsep MotoGP sempena meraikan perlumbaan itu yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hujung bulan ini.

Menurut Khairi, dia sebenarnya terlebih dahulu menjinakkan diri dalam dunia modifikasi jentera empat roda sebelum beralih kepada dua roda pada penghujung tahun lalu dengan menjadikan Honda RS150R sebagai projek pertama. Dek minat mengatasi segala, anak muda asal Kelantan itu tidak lokek menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit demi memastikan motosikalnya itu lain daripada lain.

Melihat keseluruhan badan motosikal pun sudah mampu membuatkan sesiapa saja terpegun. Khairi menggunakan cover set model Honda Winner, yang dikemaskan dengan semburan angin bertemakan motosikal perlumbaan pasukan Repsol MotoGP.

Honda RS150R Repsol MotoGP

GUNA FORK TERBALIK

Apa yang menarik, suspensi depan dihiasi fork terbalik (USD) model Yamaha YZF-R1 bersama padanan brek kembar saiz besar. Fork tersebut turut diubah suai supaya dapat dipasang pada RS150R. Suspensi belakang masih kekal standard, tetapi ditambah lengan ayun tunggal yang dipinjamkan daripada model Honda NSR 150SP.

Apabila ditanya berapakah jumlah pelaburan dileburkan untuk bahagian suspensi, dengan tenang Khairi berkata, dia  sudah pun berbelanja hampir RM4,000 kerana kerja-kerja modifikasi agak rumit dan memerlukan tenaga pakar. Malah, ruang roda dipadankan rim Honda VFR 400 dan dikahwinkan pula dengan tayar Pirelli Diablo Supercorsa.

BREK BREMBO

Jangan ingat motosikal besar saja ada brek Brembo, RS150R milik Khairi pun sama walaupuan sekadar moped. Tugas memberhentikan kenderaan diserahkan bulat-bulat kepada brek Brembo 19 RCS, termasuk dilengkapi pelindung tuil dan tangki pelincir brek LightTech. Dahsyat bukan?

Beralih ke bahagian mekanikal, jentera Honda RS150R Khairi masih mengekalkan enjin standard yang dipertingkat menggunakan ECU daripada Tune Boss yang siap ditala semula. Hasilnya, moped ini mampu menghasilkan kuasa setinggi 16.4hp berbanding kuasa standard, 15hp.

Honda RS150R Repsol MotoGP

Tidak cukup lagi, sistem ekzos turut dibikin khas bersama padanan peredam SC-Project. Sebaik saja enjin dihidupkan, bunyi padu jelas meraung daripada serombong ekzos yang menerima sentuhan Pok Lie. Siapa dia ini? Itu kenalah tanya Khairi sendiri.

Tambah Khairi lagi, ahli-ahli komuniti Honda RS150R Gombak King dan mekanik Ejam daripada Zizi Motor Maxx banyak membantu merealisasikan projek moped itu hingga berjaya meraih pelbagai kemenangan, misalnya acara Kelantan Bike Week, baru-baru ini.

Buat anda yang memiliki Honda RS150R, mungkin idea Khairi ini mungkin boleh dijadikan pedoman dan ilham. Selamat melabur!

Honda RS150R Repsol MotoGPHonda RS150R Repsol MotoGPHonda RS150R Repsol MotoGPHonda RS150R Repsol MotoGP

Honda RS150R Repsol MotoGP

Sumber dari Pandulajudotcom

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *