‘Hutan dalam pejabat’ konsep pejabat baharu Amazon.com

'Hutan dalam pejabat' konsep pejabat baharu Amazon.com

SYARIKAT perniagaan atas talian terkenal, Amazon.com membuka ‘hutan dalam pejabat’ dalam usaha membantu para pekerjanya membina idea-idea yang lebih segar.

Bangunan ikonik yang dikenali sebagai The Spheres, terletak di Seattle, Washington, kelihatan seolah-olah seperti rumah hijau dan bukannya sebuah pejabat.

The Spheres diharap dapat memberi nafas baharu kepada pekerja untuk merangka pelbagai pelan dan produk yang lebih progresif dalam persekitaran yang dipenuhi 4,000 pokok daripada 400 spesis berlainan.

Pokok-pokok ini terdiri daripada pokok yang berbunga dan berbuah tetapi pekerja atau pelawat tidak dibenarkan menyentuhnya.

Daripada menggunakan dewan-dewan yang mewah, The Spheres menggalakkan pekerjanya untuk berbincang dan mengadakan mesyuarat dengan lebih santai.

“Terdapat tangga di sepanjang kaki lima. Kami menggalakkan pekerja untuk lebih banyak melangkah dan bergerak,” kata Ron Gagliardo, Ketua Landskap Amazon.com.

Tambahnya, Amazon mahu pekerjanya mempunyai hubungan dengan alam sekitar serta tidak perlu lagi menggunakan meja pejabat.

Amazon telah melabur sebanyak AS$3.7 juta bagi membina The Spheres yang memakan masa dari 2010 hingga 2017 bagi menyiapkannya.

Naib Pengerusi Amazon, John Schoettler berkata,”Kami mahu membina sesuatu yang istimewa, sesuatu yang ikonik untuk pejabat kita dan untuk bandar Seattle.”

Direka oleh firma arkitek NBBJ, bangunan yang dihiasi dengan kaca dan berbentuk sfera boleh memuatkan 40,000 pekerja Amazon.

Sumber Astroawani

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *