Ibu kota dilanda banjir kilat semalam

KUALA LUMPUR: Hujan lebat sejak tengah hari melanda beberapa kawasan di Lembah Klang, mengakibatkan banjir kilat di beberapa jalan utama.

Menerusi perkongsian di laman sosial, antara laluan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan, berhampiran Bangsar South, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 berdekatan Bukit Jalil dan Lebuhraya LEKAS di susur keluar Kantan Permai Kajang.

Banjir dilaporkan telah surut di beberapa laluan, namun keadaan trafik masih sesak.

Perkembangan laluan trafik juga dikongsi oleh akaun PLUS dan Astro Radio Traffic.

Pengguna lebuhraya juga boleh menggunakan tanda pagar #kltu untuk mengetahui perkembangan terbaharu.

Berikut adalah gambar-gambar yang dikongsi pengguna laman sosial.

Sumber Astroawani

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *