Jam G-Shock Big Mac? ‘Im Lovin It’

Jam G-Shock Big Mac? 'Im Lovin It'
Akhirnya jam tangan ini tercipta! (Gambar: Rakuten)

Jika anda fikir imej G-Shock Big Mac ini ‘fake’ dan hanyalah sekadar suntingan imej, ternyata anda silap!

Kewujudan G-Shock Big Mac sememangnya telah menjadi kenyataan!

Jam ini dihasilkan secara eksklusif bersempena ulang tahun Burger Bic Mac ke-50.

KEKAL MENJADI ‘SIGNATURE’ SELAMA 50 TAHUN

Elemen warna yang ada pada burger Big Mac anda.

Elemen warna yang ada pada burger Big Mac anda.

Namun mengapa Bic Mac? Untuk pengetahuan burger ini telah menjadi ‘signature’ McDonald’s sejak ia diperkenalkan pada tahun 1967.

Oleh itu, burger ini cukup sinonim dengan McDonald’s.

Jika melihat pada rekaannya, kita boleh lihat banyak perincian burger dimasukkan.

Daripada ‘strap’ sehinggalah paparan jam, semuanya dihiasi dengan warna oren, hijau dan perang.

Tiga warna ini saja sudah menggambarkan lapisan burger Bic Mac yang cukup ikonik.

BUNGKUSAN KOTAK JUGA MIRIP BURGER

Kotak bungkusan yang sama seperti pembelian burger.

Kotak bungkusan yang sama seperti pembelian burger.

Tidak cukup dengan itu, bekas jam tangan ini juga direka dengan bentuk burger dengan corak warna yang sama.

Kotaknya juga mirip kepada bungkusan burger Bic Mac yang anda beli di McDonald’s. Jangan silap kotak ketika menjamu selera!

Difahamkan hanya 1000 unit saja dijual di pasaran Jepun dengan harga 14,900 Yen (RM540) pada 14 April ini.

Sumber Rojakdailtdotcom

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *