Kek Lumut

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan horlicks
  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur (gred A)
  • 250 gram butter
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 4 sudu besar seri kaya
  • 3/4 gula halus (saya kurangkan pada 1/2 cup sahaja)
  • 1 sudu besar pewarna hijau
  • 1 sudu kecil perisa pandan
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara menyediakan dan memasak:

  1. pukul butter dengan gula halus sehingga kembang dan berkrim (macam nak buat buttercream tu), kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau hingga sebati. masukkan lagi susu dan seri kaya, kacau sehingga rata, kemudian masukkan bahan A dan gaulkan hingga sebati..
  2. masukkan pewarna dan esen pandan & vanilla dan kacau sehingga bercampur sebati semuanya..
  3. tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 2 1/2 jam (tambahkan air ke dalam pengukus dari semasa ke semasa)
  4. keluarkan, sejukkan dan hidangkan…

Sumber myresepidotcom

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *