Kisah Sebenar Asal Usul Coklat Mainan Didakwa Membebankan Ibu Bapa

Kisah Sebenar Asal Usul Coklat Mainan Didakwa Membebankan Ibu Bapa

Baru-baru ini tular status luahan seorang lelaki menerusi Facebook miliknya mengenai penjualan coklat jenama Kinder Joy yang didakwa memberi ‘masalah’ padanya sebagai seorang bapa.

Coklat berkenaan dianggap sebagai ‘mimpi ngeri’ setiap kali tiba di pusat membeli belah.

Disebabkan ia diletakkan berhampiran kaunter bayaran, kebanyakan kanak-kanak akan meminta supaya ibu bapa mereka membeli coklat berkenaan.

Bagi golongan yang berpendapatan mewah, ia mungkin tidak menjadi masalah besar.

Namun bagi mereka yang berpendapatan rendah atau sederhana, ia dianggap satu ‘beban’ buat mereka.

Tambahan lagi, jika anak membuat masalah dengan meraung di hadapan orang awam semata-mata mahu mendapatkan coklat tersebut.

Berikutan itu, indvidiu terbabit merayu supaya coklat Kinder Joy tidak diletakkan di hadapan kaunter bayaran.

Status berkenaan kemudian menerima banyak respon dan sokongan terutama dalam kalangan ibu bapa dan turut dikongsi ramai pengguna di media sosial.

Namun, dalam pada kita cuba memboikot barangan berkenaan, tahukah anda sejarah kemunculan coklat terbabit?

KINDER JOY BUKAN PRODUK PERTAMA CETUS KONTROVERSI

Kinder Suprise terlebih dahulu memasuki pasaran.

Kinder Suprise terlebih dahulu memasuki pasaran.

Baru-baru ini sebuah laman komuniti kesihatan, Public Health Malaysia berkongsi maklumat mengenai sejarah produk Kinder Joy.

Untuk makluman, sebelum munculnya Kinder Joy, Kinder Surprise adalah yang terawal memasuki pasaran di bawah jenama Kinder.

Menurut status dimuat naik di Facebook itu, Kinder Suprise dihasilkan oleh sebuah pengeluar coklat terkemuka yang berasal dari Itali, Ferraro.

Produk popular ini didatangkan dalam bentuk telur dan di dalamnya terdapat 2 bahagian iaitu bahagian coklat di luar dan bahagian mainan di dalam.

Bagaimanapun, coklat ini akhirnya diharamkan penjualannya di Amerika Syarikat.

Produk terbabit bertentangan dengan peraturan yang melarang sebarang objek yang tidak bernutrisi diletakkan di dalam makanan kecuali jika ia memiliki fungsi yang berguna.

Menurut laman berkenaan juga, walaupun Kinder Suprise diharamkan, coklat terbabit masih boleh dibeli di negara jiran seperti Kanada dan Mexico.

Malah, terdapat juga pihak yang cuba menyeludup produk ini. Hasilnya sebanyak 60,000 coklat itu telah pun dirampas.

Bagaimapun pada Mei tahun lalu, coklat ini akhirnya diberi ‘lampu hijau’ setelah pengeluar coklat bersetuju untuk mengasingkan coklat dan mainan dan ia di pasarkan sebagai Kinder Joy.

PELBAGAI INSIDEN MEMBABITKAN KINDER

Dahulunya, mainan diletakkan di dalam coklat.

Dahulunya, mainan diletakkan di dalam coklat.

Untuk makluman, produk ini juga pernah berdepan dengan insiden yang membabitkan kematian kanak-kanak.

Di United Kingdom, seorang kanak kanak berusia 3 tahun, Jennifer Ashton maut akibat tercekit figura Pink Panther yang terdapat di dalam coklat Kinder.

Kes sama berlaku di Perancis apabila seorang kanak kanak berusia 3 tahun maut akibat tercekik mainan dari coklat tersebut dan disahkan maut akibat saluran pernafasan tersumbat.

Susulan itu, ketiga-tiga keluarga mangsa kematian anak akibat tercekit mainan itu bertindakan melakukan kempen agar coklat tersebut diharamkan di pasaran Eropah.

Itu hanya sebahagian daripada kes membabitkan produk coklat terbabit. Masih ada lagi kejadian yang dilaporkan dan mangsanya sudah tentu kanak-kanak.

Menurut ‘posting’ terbabit, kenyataan yang dikeluarkan itu bukanlah untuk memboikot produk Kinder Joy tetapi lebih kepada memberi kesedaran kepada masyarakat.

Orang ramai terutama ibu bapa perlu peka mengenai bahaya objek mainan di dalam produk makanan serta perlu bijak dalam membezakan makanan yang sihat dengan tidak sihat untuk kanak-kanak.

Apapun, anda sebagai pengguna masih berhak untuk memilih produk makanan yang diberikan kepada kanak-kanak.

Sumber rojakdailydotcom

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *