“Maafkan Kami” – Staf Bagasi AirAsia Lancar Kempen Cium Beg Tanda Sayang “We will handle with kiss and care.”

Tular baru-baru ini video staf pengendalian bagasi AirAsia mencampakkan beg berisi basikal penumpang di atas lantai sehingga menarik perhatian Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

 

Tidak lama selepas itu, menerusi status Facebook Tony Fernandes dan Twitter AirAsia, pihak mereka memohon maaf dan akan bertanggungjawab atas segala kerosakan yang dialami oleh penumpang terbabit.

Semalam, seorang petugas pengendalian bagasi penerbangan tersebut berkongsi beberapa foto sekumpulan staf yang bertugas cium dan memeluk bagasi penumpang sebagai tanda memohon maaf. Tulis Mohd Amir Izzat di status Facebooknya, “dear bag, doesn’t matter how weight is the bad was, we will handle with kiss and care…..love you bag. We all apologies from all our mistake before.

#kissthebag

Status Mohd Izzat itu sudah mendapat hampir 8,500 perkongsian dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang terhibur dengan aksi mereka dan tidak kurang juga yang mengecam.

Sayang sangat tu.

Maafkanlah mereka.

Kempen #kissthebag yang dilancarkan petugas bagasi AirAsia ini benar-benar menarik perhatian netizen dan semoga kejadian bagasi rosak dan sebagainya tidak berulang lagi.

Sumber Astroawani..

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *