Miliki senjata api tiruan boleh dipenjara seumur hidup!

Miliki senjata api tiruan boleh dipenjara seumur hidup!

MEMILIKI dan mengimport senjata tiruan untuk apa jua tujuan boleh dihukum penjara seumur hidup atau tempoh tidak melebihi setahun atau denda tak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali, maka itu jangan cuba cari nahas.

Itu amaran Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkenaan pemilikan senjata tiruan.

Beliau berkata, biasanya pemilikan di kalangan orang awam menjurus kepada hobi namun ia tetap menyalahi undang-undang melainkan mempunyai lesen.

“Pemilikan senjata ni ada dua iaitu Akta Senjata 1960 dan Akta senjata api penalti lebih berat 1971.

“Lebih bahaya jika senjata ini digunakan untuk jenayah selain mengedar, menjual maka ia akan jatuh di bawah akta lain, itu sebab kita ada banyak akta berkenaan senjata ini, “ katanya.

Menurutnya, cara biasa mendapatkan senjata tiruan melalui pembelian online yang sukar dikawal selain pembelian dapat melepasi laluan Kastam berdasarkan kepada ikrar barangan.

“Oleh itu, kami menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli atau memiliki senjata ini dengan sengaja kerana banyak tindakan undang-undang boleh diambil mengikut akta senjata ini,” katanya.

Sumber Astroawani

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *