Nampak Macam Sama Tapi Ini Adalah Asus ZenFone 5Z

Plug-in: Nampak Macam Sama Tapi Ini Adalah Asus ZenFone 5Z

Beberapa tahun lalu, jenama Asus amat popular dalam kalangan pelajar kerana menampilkan peranti dengan harga yang berpatutan.

Sejak daripada itu juga, Asus dilihat lebih memfokuskan telefon pintar dalam lingkungan kelas rendah dan juga pertengahan berbanding ‘flagship’.

Bagaimanaun, pada World Mobile Congress (WMC 2018) berlangsung pada minggu ini, Asus akhirnya melancarkan model kelas atasan dikenali sebagai Asus ZenFone 5Z dengan spesifikasi hebat bagi tahun 2018!

Sekali imbas, anda mungkin menyangkakan ia adalah sebuah telefon pintar daripada jenama lain. Namun ia tidak sama sekali, malah jauh lebih besar.

REKA BENTUK ‘IPHONE X’

Bahagian belakang juga menyerupai iPhone X

PIC: DIGITALTRENDS

Bahagian belakang juga menyerupai iPhone X

Mata anda tidak silap kerana gaya paparan hadapan sehinggalah kedudukan kamera yang menegak semuanya hampir sama dengan jenama pesaing berkenaan.

Asus Zenfone 5Z dilengkapi skrin tanpa bingkai yang sangat minima dengan paparan skrin bersaiz 6.2 inci dengan nisbah 19:9 beresolusi 1080 x 2280 pixel.

Paparan hadapan peranti ini kelihatan seperti produk popular Apple, iPhone X kerana ia mempunyai ‘notch’ atau takuk hitam.

Ada pengguna yang tidak kisah dengan kewujudan ‘notch’ ini dan tidak kurang juga tidak membeli iPhone X ini disebabkan ruang berkenaan.

Bagi ZenFone 5, ruang terbabit digunakan untuk kamera depan, sensor dan ‘earpiece’.

Bagi kerangka belakangnya pula, peranti ini dihiasi kilauan logam bersama pengimbas cap jari.

SPESIFIKASI HEBAT 2018!

Seperti yang dinyatakan di atas, ZenFone 5Z dilengkapi spesifikasi hebat bagi tahun 2018 termasuk penggunaan cip pemprosesan Snapdragon 845.

Bagi penggunaan RAM pula, ia dipadankan dengan tiga variasi iaitu 4GB RAM untuk 64GB storan, 6GB RAM untuk 128GB dan 8GB RAM untuk 256GB storan.

Kamera untuk peranti ini dilengkapi sensor 12 Megapixel (MP) dengan saiz 1.4μm setiap satu pixel dengan padanan apertur f/1.8. Satu lagi sensor 8 MP bertindak sebagai penggambaran sudut lebat 120 darjah.

Satu lagi fungsi terbaru diterapkan pada peranti ini adalah kehadiran kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI).

AI ini akan membantu anda menggunakan mod penggambaran terbaik selain turut menjaga prestasi telefon dan juga bateri.

Kapasiti bateri peranti ini pula adalah 3,300 mAh. Sehingga kini Asus masih belum menyatakan harga dan tarikh pelancarannya di Malaysia.

Sumber rojakdailydotcom

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *