Nasib Si Nasi Lemak: Pelik, Aneh atau Inovatif?

Nasib Si Nasi Lemak: Dahulu

Pada zaman dahulu, kehidupan masyarakat di Tanah Melayu (nama lama Malaysia) adalah secara sederhana. Semuanya ringkas sahaja kerana pada ketika itu kesenangan bukanlah matlamat utama masyarakat. Sebaliknya, matlamat yang ingin dicapai ialah keselesaan hidup. Keinginan ini telah diterjemah dalam hidangan atau masakan yang disediakan. Ringkas, enak dan janji mengenyangkan perut.

Nasi lemak tradisional wujud sebagai pilihan sarapan petani atau nelayan yang membanting tulang di bendang dan laut dari pagi ke petang. Oleh itu, nasi yang dijadikan sebagai bekal dihidang ringkas dengan lauk sambal, timun, telur rebus dan ikan bilis yang dibalut daun pisang. Jika terlalu banyak lauknya, bukan bekerja pula si petani, tidur kekenyangan pula.

Setelah masyarakat menjadi sedikit maju dan mempunyai tahap kewangan yang sedikit stabil, nasi lemak kukus pula menjadi kegilaan. Hidangan yang disediakan masih ringkas tetapi teknik masakan nasi yang lebih sihat menjadi pilihan ramai.

Nasib Si Nasi Lemak: Sekarang

Kini, Malaysia semakin moden. Masyarakat di Malaysia kebanyakannya penduduk-penduduk bandar yang sofistikated dan sentiasa menantikan pembaharuan. Ditambah pula dengan dunia alam maya yang semakin berselirat dengan realiti seperti penggunaan media sosial Facebook, Twitter dan Instagram, kehidupan rakyat Malaysia bukan sekadar mencari keselesaan lagi. Sebaliknya, kita mendambakan perhatian.

Oleh itu, wujudlah pelbagai gimik dan gaya persembahan baru bagi kebanyakan hidangan klasik di Malaysia termasuklah nasi lemak. Nasib si nasi lemak pada zaman sekarang dijadikan sebagai bahan publisiti untuk menarik perhatian masyarakat daripada fokus pada rasa dan kualiti makanan itu sendiri.

Tapi, kami tidaklah mengatakan semua makanan publisiti ini tidak sedap. Ada saja yang enak… jika kena pada lidah andalah. Antara versi nasi lemak baru yang boleh ditemui sekarang adalah seperti berikut:

1. Kek Nasi Lemak

stimewanya: Jika anda sukakan kek dan juga nasi, tak perlu cari jauh sebab di Tiana Kitchen anda akan dapatkan gabungan kedua-dua makanan kegemaran anda. Nasi lemak tersebut disusun dalam bentuk kek. Span kek diganti dengan nasi, aising digantikan dengan timun, hiasan atas diganti dengan sambal dan taburan manis diganti dengan kacang dan juga ikan bilis.

2. Nasi Lemak KitKat

Istimewanya: Kalau anda sukakan coklat tapi berani mencuba kelainan, inilah hidangan untuk anda. Di KitKat Chocolatery , anda boleh mendapatkan coklat KitKat berperisa nasi lemak untuk masa terhad. Kami tak boleh bayangkan gabungan coklat dan rasa nasi lemak, mungkin rasanya mengejutkan deria dan perut anda nanti.

3. Nasi Lemak Aiskrim

Istimewanya: Nasi Lemak Aiskrim mungkin kedengaran agak janggal dan pelik tetapi itulah variasi terbaru nasi lemak yang makin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. Syarikat Skream Softserve yang beroperasi di Alor Setar. Kenapa aiskrim tersebut digelar sebagai aiskrim nasi lemak? Berbeza dengan aiskrim lain di luar sana, aiskrim ini ditabur dengan kacang, ikan bilis goreng dan diletakkan sambal serta telur puyuh rebus.

4. Nasi Lemak Burger

Istimewanya: Setelah MacDonald’s di Singapura menimbulkan sensasi dengan nasi lemak burger mereka. Kini, di Burger King Malaysia, nasi lemak burger mula dijual di sini untuk rakyat Malaysia yang kempunan untuk mencuba nasi lemak burger di Singapura. Jadi, lekas ke cawangan Burger King terdekat untuk cuba!

 

5. Nasi Lemak Pancake

Istimewanya: Bagi sesiapa yang lebih berani, cubalah nasi lemak pancake atau lempeng nasi lemak yang sedang ditawarkan di Pancake House. Pancake gandum digantikan dengan nasi yang dileperkan dalam bentuk nasi dan dituang dengan sambal, kacang, ikan bilis dan juga timun. Agak menarik, bukan?

 

Nasib Si Nasi Lemak: Akan Datang

Sekarang, sudah tiba masanya untuk kita ketahui apakah nasib si lemak pada masa akan datang. Berdasarkan corak evolusi nasi lemak yang kita sudah saksikan dari tahun ke tahun, rasanya, inilah antara nasib si nasib lemak yang diramal oleh pasukan Butterkicap. Benar atau tidak, kita hanya perlu tunggu dan lihat saja…

Sumberbutterkicapdotcom

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *