Rahsia Resepi Goreng Pisang Rangup

Bahan-Bahan
Pisang – apa-apa jenis pisang
5 sudu besar santan pekat
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin – cairkan
1 biji telur gred A
1/2 sudu besar baking powder
air secukupnya
sedikit garam
Cara Membuat Goreng Pisang Rangup
#1. cairkan marjerin dalam periuk menggunakan api kecil, biasanya marjerin cair dalam sekejap sahaja jadi tak perlu tunggu lama. kemudian ketepikan dan sejukkan.

#2. campurkan tepung beras, tepung gandum, telur, baking powder, santan pekat, dan garam dalam bekas yang sesuai. kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit sambil di gaul (boleh menggunakan tangan) hingga sebati dan pekat. ingat jangan sampai adunan terlalu cair dan apabila terlalu cair boleh tambahkan tepung beras dan tepung gandum.

#3. selepas itu tuangkan marjerin cair dan kacau hingga sebati. kemudian celupkan pisang sesuai selera anda (boleh guna pisang kepok atau yang lainya) dan akhir sekali goreng dengan minyak panas menggunakan api sederhana.

#4. apabila sudah berwarna keemasan tanda pisang sudah masak. angkat dan sedia untuk dihidangkan.
goreng pisang ini lebih sedap apabila dihidangkan panas-panas dan demikianlah resepi goreng pisang rangup yang saya kongsikan. saya harap resepi ini boleh bermanfaat untuk anda, selamat mencuba.

Sumber dari : blogopsi

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *