Raja Ilya bakal berlakon dalam filem Marvel?



 

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Begitu jugalah tuah pelakon Raja Ilya yang fasih berbahasa Melayu dan Tamil. Beliau bakal membuat penampilan dalam sebuah filem Hollywood, francais Marvel.

Bagaimanapun, pelakon itu enggan mendedahkan secara terperinci atau memberi sebarang maklumat lanjut mengenai filem tersebut.

Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad mengakui filem itusudah disahkan pembikinannya menjelang hujung bulan ini.

“Oleh kerana tajuk filem belum diputuskan, saya tak boleh dedah lebih banyak lagi,” katanya kepada sebuah portal berita ketika

prebiu media filem “Soulmate Hingga Jannah” di mmCineplex, eCurve baru-baru ini.

Raja Ilya juga dikatakan bakal melalui sesi latihan selama 8 bulan di Indonesia di bawah pengelolaan pelakon dan pelatih seni mempertahankan diri Indonesia, Yayan Ruhian (Star Wars: The Force Awakens dan The Raid) sebelum memulakan penggambaran.

Pada penghujung 2015, pelakon ini juga pernah memberitahu akan berlakon dalam sebuah filem Melayu berkonsepkan kehidupan watak seorang wanita Punjabi bersama pelakon Bollywood, Kajol.

Sementara itu, filem terbarunya “Soulmate Hingga Jannah” arahan pengarah Datuk Profesor A Razak Mohaideen turut menampilkan primadona Malaysia, Erra Fazira dan pelakon serta penyanyi dari Singapura, Taufik Batisah.

Selain itu, filem terbitan FiTA Studios juga dibintangi Datuk Rahim Razali, Reen Rahim

Douglas Lim dan Nad Zainal.

“Soulmate Hingga Jannah” akan ditayangkan di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 16 Februari ini.

Raja Ilya terkenal dengan lakonannya dalam Appalam, Estet, Suamiku Encik Perfect 10 dan filem Tamil tempatan serta di India.

Sumber dari FreeMalaysiaToday

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *