Resepi Lasagna Daging

 

BAHAN-BAHAN INTI DAGING

Kepingan Lasagna

Sos Prego

8 Biji Cendawan Butang (Dipotong Dadu)

Daging Cincang atau Ayam Cincang

Serbuk Black Pepper

Serbuk Oregano

1 Biji Bawang Besar

8 Ulas Bawang Putih (Dipotong halus)

Keju Mozarella

Keju Cheddar

Garam Secukup Rasa

Minyak untuk menumis

Cili kering kisar (Jika sukakan pedas)

BAHAN-BAHAN SOS PUTIH

2 sudu besar butter

2 keping keju Cheesedale

250ml susu full cream

2 sudu besar tepung gandum

CARA-CARA MEMBUAT INTI DAGING

1Masukkan 4 sudu besar minyak masak atau minyak zaitun.

2Tumis bawang sampai naik bau.

3Masukkan 4 sudu besar cili kering. Masak sehingga pecah minyak.

4Masukkan daging atau ayam yang telah dicincang. Biarkan daging masak seketika.

5Masukkan cendawan butang yang telah dipotong dadu.

6Kemudian tuangkan sos prego.

7Masukkan sedikit garam dan serbuk black pepper

8Taburkan serbuk oregano.

CARA-CARA MEMBUAT SOS PUTIH

1Cairkan butter.

2Masukkan 2 sudu besar tepung gandum.

3Gaulkan sebati. Gunakan api yang kecil.

4Masukkan susu.

5Masukkan keju.

6Kacau sehingga keju sebati.

7Tambahkan garam jika perlu.

8Kacau sehingga menjadi likat.

CARA-CARA MELAPIS LASAGNA

1Ambil loyang yang sesuai.

2Celurkan kepingan lasagna dengan air panas. Susun kepingan lasagna sampai menutupi semua bahagian loyang.

3Kemudian taburkan inti daging.

4Tuangkan sos putih . Lagi banjir lagi bagus. Tuang sehingga ia menutupi pandangan inti daging.

5Taburkan cheeese mozarella.

6Ulang balik cara yang sama. (Step 2-5)

7Akhir sekali tuangkan sos putih dan taburkan cheese sebanyak yang suka.

8Masukkan dalam oven dengan suhu 180 C. Bakar dalam masa 30 hingga 40 minit.

Sumber dari: http;//www. resepimudah.com

 

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *