Resepi Perut Lembu Dengan Air Asam

Rasanya sangat sedap. Ada rasa masam-masam, pedas dan rasa sedikit kenyal perut lembu. Kalau nak tahu macam mana rasa sedapnya, kena lah cuba sendiri. hehe

Boleh cuba buat resepi ini di rumah ya.

Bahan-bahan:

Perut lembu yang telah di cuci, di rebus dan di potong halus-halus. (Boleh pilih jenis-jenis perut yang diinginkan. Perut yang paling best ialah perut muda, perut sarang tebuan, perut kitab dan perut tebal. Campurkan semua sekali.)
8 biji cili padi kampung (bergantung kepada kepedasan yang anda inginkan)
Sebesar ibu jari belacan
Garam dan gula secukup rasa
Limau nipis – perah
Sedikit air rebusan perut
Cara-caranya:
Tumbukkan semua bahan kecuali limau nipis sehingga hancur.
Jangan terlalu hancur.
Masukkan air rebusan secukupnya.
Masukan perut lembu
Setelah itu, baru diperahkan air limau secukup rasa.
Resepi perut lembu

Siap untuk di makan. Boleh makan begitu sahaja atau makan bersama nasi putih.

Selamat menjamu selera!

Sumber dari denai.my

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *