Resepi Sup Tulang Merah

 

SUP TULANG MERAH

Bahan-bahan A
2kg tulang gearbox lembu (kambing pun boleh)
Air secukupnya untuk merebus
2 inci halia, diketuk
2 batang serai diketuk
1 labu bawang putih, diketuk

Bahan-bahan B
1 tin kecil tomato puree
4 biji tomato masak
4 biji kentang, dibelah 4

Bahan2 utk menumis (dikisar lumat)
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
10 tangkai lada kering
2 sudu makan ketumbar
1 sudu kecil jntan putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu besar lada hitam
rempah tumis 4 sekawan (kulit kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang)
minyak untuk menumis

Cara2
Campurkan bahan2 A ke dalam periuk dan rebus sampai empuk.  Kalau guna dapur gas, lebih kurang 2 – 2 1/2 jam.  Kalau guna pressure cooker, lebih kurang 30 minit atau satu jam bergantung pd jenis pressure cooker yang digunakan.  Dah empuk, keluarkan dari periuk, asingkan kuahnya.  Sejukkan kuah untuk buang lemak yang beku.

Dalam periuk lain,tumiskan bahan2 kisar sampai garing dan wangi.  Masukkan tomato puree dan tomato masak.   Kemudian masukkan tulang gearbox yang telah direbus tadi.  Kacau rata, tuangkan air rebusan.   Masukkan kentang, tambahkan  garam dan serbuk perasa secukup rasa.  Renehkan sampai pekat.  Kemudian bolehlah dihidangkan dengan nasi atau roti.  Semasa menghidang, taburkan daun sup, daun bawang yang dihiris dan juga bawang goreng.

Di bawah ni, resipi yang saya dapat dari internet.Terima kasih kepada tuan empunya.. Mudahan pahala akan berpanjangan.

RESEPI SUP TULANG MERAH (BONE STEAK) – resipi dari blog NMY – House of Satay

Bahan2:-

1 kg tulang lembu /tulang kambing
1 senduk cili kering/cili boh
5 biji bawang besar- kisar
4 ulas bawang putih- kisar
1 inci halia- kisar
1/2 tin tomato puree
1/2 botol sos tomato
2 biji telur (kocok ngan garfu) – D x letak
2 sdb tepung gandum – D x letak
2 sup bunjut tulang Adabi
Garam secukup rasa
3 sdb gula
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Hiasan – Hirisan kobis/carrot/lada hijau & bawang goreng

Cara membuatnya:-

  • Tulang dicuci bersih dan direbus bersama 2 sup bunjut hingga empuk dan ketepikan.
  • Tumiskan bahan2 kisar dan cili kering. Setelah naik minyak, masukkan tomato puree, garam dan gula.
  • Masukkan tulang yg telah direbus dan air rebusan tadi, biarkan mendidih.
  • Masukkan bancuhan tepung gandum anggaran 1/2 cawan, kacau rata.
  • Masukkan sos tomato dan akhir sekali masukkan telur yg telah dikocok tadi.
  • Ketika menghidang, bolehlah taburkan hirisan cili hijau,kobis, carrot dan bawang goreng

SUP TULANG MERAH – kak fida @ my resipi.com

Bahan-bahan (2-3 orang )

  • 1 kilo tulang *- cuci bersih
  • 3 helai daun pandan*
  • 1 btg serai*
  • 4 ulas bwg putih* -diketuk
  • 1 ibu jari halia* -diketuk
  • (Bahan2 * di atas disatukan di dlm periuk besar dan masukkan air secukupnya hingga tulang tenggelam dan rebus.
  • 2 sb ketumbar biji*
  • 1 sb jintan kasar*
  • 3/4 sb jintan halus*
  • 1/2 sb lada hitam/putih*
  • (4 bahan * di atas disangar dan dikisar halus )
  • 10-15 tangkai cili kering
  • 10 ulas bwg merah
  • 5 ulas bwh putih
  • 1 botol tomato sos
  • 2 sb kicap manis
  • kobis,carrot,kentang -dipotong ikut suka
  • 1-2 biji bwg besar – dibelah
  • cili hijau – dipotong
  • 2 biji telur – di kocok
  • Daun sop/daun bawang atau daun ketumbar
  • 1/2 cwn bawang goreng
  • 1/2 cwn kacang peas -utk tabur

Cara-cara

  1. Rempah yg disangar dan dikisar di masukkan ke dlm rebusan tulang dan rebus hingga daging pd tulang empuk.
  2. Cili kering,bwg merah,bwg putih dan sehiris halia dikisar dan ditumis hingga garing.
  3. Tuangkan(2) ke dlm rebusan tulang dan gaul rata.Masukkan kobis,cili hijau,carrot, kentang,bawang hiris,sos tomato,kicap,garam dan gula secukup rasa dan gaul rata dan masak hingga sayuran empuk.
  4. Tambahkan 1/2 bhgian daun sop,daun bwg(daun ketumbar) dan bwg goreng dan gaul rata lagi.
  5. Akhir sekali tuangkan telur keatas tulang dan tutup periuk dan masak hingga telur pekat.
  6. Ketika menghidang, tabur kacang pis dan lebihan daun2 dan bwg goreng.
  7. Rempah2 yang disangar juga boleh digantikan dgn rempah steak yg sedia ade dijual.

SUP TULANG MERAH – resipi Dapur Suzi

Bahan-bahan

  • 1kg tulang kambing @ tulang lembu
  • 1 senduk cili kering/ cili boh
  • *5 Biji Bawang besar
  • *4 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • 1/2 tin tomato puri (440gm)
  • 1/2 botol sos tomato (435gm)
  • 2 Biji telur- di kocok guna garfu pun ok
  • 2 sdb tepung gandum
  • 2 sup bunjut tulang Adabi
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu gula (kemanisan ikut suka)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Bahan2 utk hiasan: Hirisan kobis, carrot, lada hijau & bawang goreng

Cara-cara

  1. Tulang dicuci bersih dan direbus bersama 2 sup bunjut hingga empuk dan ketepikan
  2. Tumiskan bahan2 yang dikisar,cili kering,setelah naik minyak masukkan tomato puri garam dan gula
  3. Masukkan tulang yang telah direbus dan air rebusan tadi, biarkan mendidih
  4. Masukkan bancuhan tepung gandum anggaran 1/2 cawan, kacau rata.
  5. Masukkan sos tomato dan akhir sekali masukkan telur yang telah dikocok tadi.
  6. Ketika menghidang bolehlah taburkan hirisan cili hijau, kobis, dan bawang goring.

Selamat mencuba.

 

 

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *