Resipi Asam Perut Lembu Kelantan

Cara nak masak Resipi Asam Perut Lembu Kelantan ni mudah jer. MrJocko belajar sikit-sikit, tetapi lama dah tak masak. Antara bahan-bahannya :

1. Perut Lembu dihiris kecil secukupnya (500 gram)

2. Bawang Besar 2 biji

3. Bawang Kuning 1 biji

4. Limau Nipis 2 biji

5. 1/3 belacan (secukupnya)

6. Cili Api 10 biji ikut rasa

7. Garam dan Gula secukupnya

Cara memasak :

1. Panaskan air dan rebus perut lembu sehingga hampir empuk ( lebih kurang 10 minit)

2. Masukkan bawang besar, bawang kuning, belacan, cili, garam dan gula serta perasa.

3. Kacau sehingga sebati dalam beberapa minit sahaja kemudian angkat untuk dihidangkan.

4. Perah Limau Nipis ikut rasa dan hidangkan

Mudah kan? Kalau nak cuba, boleh la ikut menu resipi Asam Perut Lembu ala Kelantan yang MrJocko buat ni. Tak sampai 15 minit masakan dah siap. Mudah dan cepat serta memang rasa kampung terbaik. Cuba la yer…

Sumber dari Glamorous MrJocko

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *