Rumahku kini ladang ganja, wanita UK ini terkejut besar

Rumahku kini ladang ganja, wanita UK ini terkejut besar

WAVERTREE: Terkejut dan terduduk!

Ini mungkin perasaan yang dialami seorang wanita di United Kingdom yang terkejut apabila rumahnya menjadi ‘ladang’ ganja.

Tanya Laverty, 45 tahun, mungkin tersilap langkah apabila menyewakan rumahnya di Wavertree kepada satu keluarga sebelum memulakan perjalanan melancong ke negara-negara Asia bersama teman lelakinya.

Wanita ini merupakan seorang yang terkenal dan pemurah di kejiranannya kerana sering menghidangkan makanan kepada golongan gelandangan.

Namun selepas beberapa lama menikmati percutiannya, Tanya mula berasa pelik apabila penyewa tersebut tidak lagi mendepositkan bayaran sewa bulanan ke dalam akaunnya.

Penemuan mengejutkan ini bermula apabila ibu kepada teman lelakinya datang memeriksa kediaman tersebut dan mengetahui tentang ‘ladang’ itu serta terus memaklumkannya kepada Tanya.

Menerusi Metro.uk yang memetik laporan Echo, Tanya berkata dia terkejut dan menangis, lantas menyifatkan kejadian itu satu suatu mimpi ngeri buatnya.

Katanya lagi, terdapat hampir 200 pokok ganja yang ditanam di dalam rumahnya dengan anggaran nilai keseluruhan ialah £800,000 (RM4.4 juta).

Kesemua pokok ganja itu sudah dirampas oleh pihak polis Merseyside selepas menerima laporan.

Tambahnya, sebelum memulakan perjalanan pada September lepas, dia menyewakan rumah tersebut kepada satu keluarga dari Korea Selatan, malah turut memberi diskaun kepada mereka.

Lebih parah, Tanya kini memerlukan £10,000 (RM54,514) bagi membaik pulih keseluruhan bahagian dalam rumahnya yang ‘rosak’ teruk akibat pengubahsuaian yang dibuat penyewa.

Bagi membolehkan rumahnya diselamatkan, Tanya terpaksa meminta bantuan orang ramai, tetapi dia yakin akan menerima pertolongan dari mereka yang prihatin dengan nasibnya.

Sumber Astroawani/mystardotcom

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *