Thai Airways bayar ganti rugi selepas kecoh kes penumpang nama panjang

Thai Airways bayar ganti rugi selepas kecoh kes penumpang nama panjang

BANGKOK: Syarikat penerbangan Thai Airways International telah bersetuju untuk membayar balik penumpang yang dikenakan bayaran tambahan kerana mempunyai nama yang panjang.

Dalam masa yang sama syarikat penerbangan itu akan menambah arahan yang lebih jelas di platform tempahan internetnya selepas menerima aduan mengenainya di media sosial minggu ini.

Lapor Bangkok Post, salah seorang pelanggan memuat naik aduannya di Pantip.com pada Rabu bahawa dia telah dikenakan bayaran 3,000 baht (RM372) di kaunter daftar masuk penerbangan itu kerana nama dalam tiket yang dibeli secara dalam talian untuk keluarganya tidak konsisten dengan yang tertera di dalam pasport mereka.

Bayaran berkenaan dikenakan adalah bagi menukar nama di tiket penerbangan.

Pelanggan berkenaan berkata bahawa ketika dia menempah tiket dalam talian, sistem itu menghalangnya daripada menaip nama-nama keluarganya secara penuh.

Dia cuba memendekkan nama mereka dan akhirnya dapat membeli tiket. Bagaimanapun, dia menghadapi masalah ketika di lapangan terbang.

Di sana, dia diberitahu oleh kakitangan penerbangan itu bahawa dia perlu membayar bagi menukar nama-nama di dalam tiket atau membeli yang baru, mungkin pada harga yang berbeza.

Pada Jumaat, penerbangan itu mengakui bahawa masalah pelanggan yang dihadapi berpunca daripada had bilangan aksara yang dibenarkan dalam sistem tempahan internetnya.

“Kami memohon maaf atas kesulitan kerana sistem tempahan internet membolehkan sehingga 25 aksara setiap nama ketika menempah tiket,” tulis kenyataan itu.

Thai Airways akan membayar ganti rugi kepada pelanggan tersebut dan menaik taraf sistem tempahan internetnya.

Sumber Astroawani

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *