Tidak mampu bayar ambulans, jenazah bayi dibawa 100KM dengan motosikal

Tidak mampu bayar ambulans, jenazah bayi dibawa 100KM dengan motosikal

BIMA: Sebuah keluarga berhadapan detik yang menyedihkan apabila bayi mereka meninggal dunia selepas lima hari dilahirkan.

Lebih memilukan, jenazah terpaksa dibawa menaiki motosikal kerana mereka tidak mampu menampung kos untuk khidmat ambulans.

Menurut Kompas.com, bayi perempuan itu meninggal dunia selepas beberapa hari menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) di sebuah hospital awam di daerah Bima, Nusa Tenggara Barat, Indonesia.

Ketua Desa Waro, M Ali berkata pihak hospital tetap meminta bayaran jika mahu menggunakan perkhidmatan mereka walaupun kenderaan itu tidak digunakan.

“Jarak dari hospital ke rumah jenazah adalah kira-kira 100 kilometer dan pasangan suami isteri itu tiada pilihan lain selain membawa jenazah anaknya menaiki motosikal kerana tidak mampu untuk membuat bayaran seperti diminta,” tambahnya.

Katanya lagi, Jufrin dan isterinya Suhadah yang turut menderita lumpuh selama 15 tahun dan telah menunjukkan sijil kurang upaya tetapi pihak hospital tetap menolak alasan itu.

“Sebelum itu, jenazah bayi tersebut ditahan di hospital atas sebab bil hospital yang belum dibayar dan pasangan itu juga berasa sangat kecewa atas layanan pihak hospital kerana enggan bertolak ansur,” tambah M Ali.

Susulan insiden itu, pentadbir hospital berkenaan telah berkunjung ke rumah keluarga tersebut bagi memohon maaf atas tindakan mereka.

Pihak hospital turut memberi pampasan kepada keluarga itu selain melahirkan rasa kesal terhadap kejadian yang menimpa keluarga itu.

Sumber Astroawani

Admin

Bekerja sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *